Whale Semakin Rancak Pindahkan Lebih 600 Juta Token, Ini Bakal Jadi Pencetus Lonjakan XRP?

880

Token asli Ripple XRP sedang membuat pergerakan apabila whales dikesan memindahkan berjuta-juta token XRP sepanjang 24 jam yang lalu, namun pergerakan whales memberikan pelbagai senario untuk token tersebut.

Menurut Whale Alert, wallet terbesar berjaya memindahkan lebih daripada 240 juta XRP ke bursa kripto dan penilaian tokennya adalah sekitar $80 juta.

Bukan itu sahaja, dikatakan 110 juta token XRP bernilai $36.55 juta telah dihantar ke pertukaran kripto Bitstamp, manakala 130 juta token XRP bernilai $43.16 juta dipindahkan oleh wallet yang tidak diketahui ke Bitso exchange.

Difahamkan juga, 300 juta token XRP telah dipindahkan dari wallet tidak dikenali ke sumber yang berbeza termasuklah jumlah penilaian token ini berjumlah sekitar $100 juta.

Walaupun begitu, pemindahan token yang berlaku ke platform pertukaran kripto menunjukkkan bahawa whales XRP mungkin menjualnya untuk mengaut keuntungan, malah whales menghasilkan penambahan 132.9 juta token XRP bernilai $44.2 juta dalam pelbagai transaksi.

Turut direkodkan transaksi terbesar adalah $22.26 juta yang dibeli daripada pertukaran kripto Bitso.

Dalam pada itu, memandangkan pasaran kripto global mencatatkan sedikit pemulihan pada Khamis, token XRP turut memperoleh sedikit momentum, tetapi kenaikan harga token tersebut dihalang susulan daripada isu tuntutan SEC Vs Ripple yang berterusan.

Setakat penulisan artikel ini, nilai kripto XRP telah meningkat ke paras sekitar $0.3500.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat