Whales Berlumba-Lumba ‘Top-Up’ Litecoin (LTC) Sehingga $30,000,000!

1,217

Firma analitik blockchain, Santiment mendedahkan sekumpulan whales sedang membuat pembelian matawang kripto, Litecoin (LTC) pada jumlah sekurang-kurangnya 1,000 sehingga 100,000 LTC.

Sejak awal Julai lagi whales ini telah menambah simpanan LTC mereka dengan anggaran kasar sebanyak 270,000 LTC atau $30,000,000.

Pada masa yang sama, walaupun ketika pasaran kripto sedang bearish, aktiviti di rangkaian Litecoin sebaliknya menunjukkan peningkatan yang baik:

“Walaupun harga susut lebih 13%, jumlah alamat unik yang berhubung dengan Litecoin telah meningkat lebih 47% dalam 10 hari. Adakah ini potensi bullish?”

Santiment juga menjelaskan, berdasarkan nilai pasaran kepada nilai nyata (market value to realized value, MVRV) berada di paras yang sama ketika LTC susut pada 2019 dan 2020.

Untuk pengetahuan, MVRV adalah aparatus untuk menentukan bahagian bawah dan puncak pasaran.

Apa-apa pun, hari ini pasaran kripto menunjukkan pemulihan yang memberangsangkan apabila Bitcoin (BTC) awal pagi tadi telah menyentuh paras harga $39,801 sebelum susut kepada $38,368 ketika artikel ditulis.

Sementara itu, Litecoin mencatatkan lonjakan hampir 9% dalam 24 jam dengan nilai semasa $137.08.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat