Whales Buru Lambakan Ethereum (ETH), Kumpul Sehingga Bernilai Lebih RM358 Bilion!

1,429

Platform pertukaran kripto dan whales sedang ‘berebut’ mengumpulkan Ethereum (ETH) hingga mengundang kepada penyusutan bekalan aset tersebut dalam pasaran semasa.

Data daripada Santiment mendedahkan jumlah ETH yang dimiliki whales lebih tinggi, mencapai paras tertinggi sepanjang masa (ATH) jika dibandingkan dengan baki di kebanyakan platform kripto.

“Jumlah Ethereum yang dimiliki whales (berdasarkan 10 wallet utama non-exchange) meningkat sehingga 25.7 juta ETH. Sementara itu, 10 pertukaran kripto utama mencatatkan penurunan pemilikan cuma 3.57 juta ETH.”

Ini bermakna, jumlah kumulatif pemilikan ETH bagi whales bukan bursa bernilai $86,300 bilion (RM358.6 bilion), berdasarkan harga semasa seunit ether.

Pemilikan tersebut juga menjelaskan bursa kini memiliki bekalan ETH 14% lebih rendah berbanding whales bukan bursa.

Untuk pengetahuan, non-exchange merujuk kepada perdagangan kripto yang tidak melibatkan perantara (bursa kripto).

Sementara itu, pemerhatian terhadap keseluruhan perhatian di media sosial menunjukkan pelabur kecil enggan masuk ke dalam pasaran.

Ketika penulisan, pasaran kripto menyaksikan pergerakan yang positif. Bitcoin (BTC) mula mencatatkan lonjakan lebih 2% dalam 24 jam, didagangkan pada $43,577. Ethereum pula mencatatkan nilai $3,335, meningkat lebih 3%.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat