Whales Takut? Buang 500,000 ETH Sebelum Mesyuarat FOMC!

186

“Nasib baik harga ETH tak terkesan pun.”

Sebelum Federal Reserve (Fed) Amerika Syarikat (AS) memberi keputusan kenaikan kadar faedah awal pagi tadi, whales telah bertindak memindahkan 500,000 Ethereum (ETH) dan syarikat perdagangan mata wang kripto Amber pula mengalih 10,000 ETH bernilai $15.8 juta kepada Binance.

Kebanyakan pelabur bimbang ETH akan menjunam apabila whales itu didapati memindahkan sejumlah aset digital tersebut ketika harganya berada dalam pergerakan mendatar.

Pada hari Selasa lepas, dua whales masing-masing telah memindahkan 65 juta ETH dari Luno dan 24,809 ETH bernilai $38 juta kepada Coinbase.

Sementara whales lain memindah hampir 186,429 ETH bernilai 295 juta ke wallet tidak diketahui dalam tempoh satu hari lalu daripada walletnya yang dikatakan telah memegang aset digital itu selama 14 hari dan mempunyai kaitan dengan Genesis.

Dilaporkan bahawa whales pada hari ini turut mengalih keluar sekitar 16,254 ETH bernilai $25 juta daripada Wrapped Ether (WETH) ke wallet tidak diketahui di samping terdapat whales yang memindah 16,109 ETH ke syarikat exchanger kripto Bitstamp.

Sehingga kini, harga ETH melonjak sebanyak 5.93% dalam tempoh 24 jam lalu menembusi paras $1,695 dengan modal pasaran $205 bilion tetapi susut sedikt pada zon $1,676.

Peningkatan harga aset digital tersebut dimaklumkan terjadi selepas Fed mengumumkan kenaikan kadar faedah sebanyak 25 mata asas pada mesyuarat polisi Februari 2023 pada awal pagi tadi.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat