Whales Tetap Berselera Walaupun Shiba Inu Masih Berdarah

108

Memecoin kripto kedua terbesar, Shiba Inu (SHIB) mengalami kejatuhan drastik sebanyak 3.07% dalam tempoh 24 jam lalu dengan paras pasaran menyusut $4.68 bilion berikutan krisis FTX yang mengakibatkan keseluruhan pasaran kripto menghadapi tempias serupa.

Mengikut carta bulanan SHIB, memecoin tersebut telah merosot lebih 17.6% manakala pada masa ini ia sedikit meningkat semula berlegar-legar pada zon harga 0.0000090.

Meskipun begitu, SHIB tetap mengekalkan prestasinya susulan kebanyakan whales Ethereum (ETH) masih berminat melakukan pelaburan dalam memecoin tersebut sungguhpun pasaran kripto berada dalam keadaan tidak menentu.

Buktinya, jumlah pemegang wallet SHIB dilaporkan semakin meningkat dengan penambahan sebanyak 50,000 wallet dalam tempoh dua minggu lepas, di mana rekod keseluruhannya kini berjumlah 1 juta.

Sementara para pelanggan runcit lain giat mencari pilihan baharu selain daripada exchanger kripto berpusat, pembangun SHIB sedang berada dalam proses membangunkan ekosistem Shibarium, naik taraf Layer-2.

Perkara berikut turut membawa makna bahawa Shibarium mempunyai kaitan bersama token Ekosistem SHIB serta Bone ShibaSwap (BONE) yang akan berfungsi sebagai gas fee.

Difahamkan juga bahawa naik taraf Shibarium tersebut adalah bertujuan untuk mendominasi projek Web 3.0 SHIB: The Metaverse yang bakal dibentangkan di Immerse Global Summit di Miami dalam beberapa minggu lagi.

Malah, pengasas SHIB, Shytoshi Kusama menyebut bahawa beliau akan sedaya upaya menjayakan perancangan itu dengan melakukan fasa ujian terhadap permainan kad koleksi Shiba Eternity sungguhpun tarikh rasmi bagi pelancaran Shibarium belum ditetapkan.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat