Whales XRP Mengganas! Adakah Ini Petanda Positif?

289

“Bila la nak naik banyak, asyik naik sikit-sikit je takut pelabur pun bosan nanti.”

Setelah sekian lama menghadapi kejatuhan harga secara berterusan, mata wang kripto Ripple (XRP) yang sering disebut oleh kebanyakan pelabur akhirnya melonjak sebanyak 5% pada hari Selasa lepas.

Ini menyusuli kejatuhan awal XRP pada pembukaan 2023 ke paras $0.30 sebelum melantun semula.

Reaksi peningkatan berikut dilaporkan berlaku semasa whales didapati memindahkan sejumlah besar XRP dalam tempoh 24 jam lalu sungguhpun terdapat spekulasi yang mengatakan kes tuntutan mahkamahnya bersama Suruhanjaya Sekuriti dan Bursa (SEC) mungkin tidak akan capai penyelesaian.

Melalui pemerhatian, whales baru-baru ini telah memindahkan lebih 1 bilion XRP bernilai $366 juta dalam pelbagai transaksi berbeza.

Antara transaski terbesar yang dicatatkan adalah pemindahan 500 XRP bernilai $175.2 juta, namun sebanyak $106 juta dilaporkan telah dialih dari wallet tidak diketahui ke wallet yang bernama Ripple secara pantas.

Selain itu, whales turut memindahkan sekitar 40 juta XRP bernilai $4.1 juta ke syarikat exchanger kripto, Bitstamp untuk menjana sejumlah keuntungan semasa harga aset digital tersebut berada dalam momentum menaik.

Whales juga dilaporkan mengunci sekitar 700 juta XRP bernilai $246.2 juta dalam akaun escrow melalui pelbagai transaksi.

Setakat penulisan ini, harga XRP berlegar pada zon $0.34 dalam tempoh 24 jam terakhir dengan volum dagangan berjumlah $1 bilion sementara had pasarannnya melebihi $17.4 bilion.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat