White House Cuba Lindungi Butiran Panggilan Trump Bersama Ukraine?

197

Berhubung isu siasatan rasmi yang dijalankan ke atas Presiden Amerika Syarikat Donald Trump berkaitan penyalahgunaan kuasa sebagai pemimpin, White House dilihat cuba untuk melindungi bukti maklumat panggilan antara Trump bersama Presiden Ukraine.

Pegawai tertinggi Demkorat, Nancy Pelosi sebelum ini telah mengumumkan siasatan rasmi dijalankan ke atas Donald Trump kerana terdapat aduan bahawa beliau menekan Presiden Ukraine, Volodymyr Zelensky untuk menyiasat kes jenayah melibatkan pesaing politik domestiknya, Joe Biden bertujuan untuk meningkatkan dominasi beliau bagi pilihan raya 2020.

Presiden Trump menyatakan bahawa beliau berhubung melalui panggilan telefon untuk membincangkan isu bantuan ketenteraan dan menafikan tuduhan tekanan ke atas Presiden Ukraine untuk menyiasat Joe Biden dan anaknya.

Aduan terbaru yang didedahkan menyatakan bahawa transkrip panggilan antara kedua Presiden tersebut tidak disimpan dalam sistem computer yang biasa. Sebaliknya, ia disimpan pada sistem yang berasingan yang digunakan untuk penyimpanan maklumat rahsia yang dilindungi.

Aduan dikemukan susulan penggubal undang-undang AS di jabatan perisikan Dewan Perwakilan mula mempersoalkan integriti pegawai perisikan tertinggi Presiden Trump.

Pengarah Jabatan Perisikan Negara, Joseph Maguire pada mulanya telah menolak untuk mendedahkan aduan kepada Kongres. Namun, setelah dipersoalkan oleh ahli jawatankuasa Dewan pada Khamis, Maguire mengatakan beliau mempercayai pihak yang mengusulkan aduan telah membuat tindakan yang betul.

Siasatan terhadap Presiden Trump telah dihentikan kerana dikatakan isu tersebut adalah sengaja ditimbulkan dan palsu.

 

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat