White House Tuduh Korea Utara Bekalkan Peluru Meriam Ke Rusia!

302

Amerika Syarikat (AS) mendedahkan informasi sulit berkaitan Korea Utara yang bertindak membekalkan sejumlah peluru meriam kepada Rusia melalui negara-negara di Timur Tengah dan Afrika Utara secara rahsia untuk peperangannya di Ukraine.

Menurut John Kirby, jurucakap White House National Security menyatakan bahawa mereka akan menyelidik dengan lebih mendalam jika penghantaran tersebut diterima Rusia.

Manakala Washington akan berunding bersama Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu berkaitan isu akauntabiliti ke atas penghantaran.

Sungguhpun pihak berkuasa enggan memberi sebarang kenyataan lanjut berkaitan isu tersebut, Kirby dan pasukannya berkemungkinan dapat mengenalpasti bagaimana pemindahan peluru itu dibuat.

Diperjelaskan bahawa perbuatan tersebut mampu membawa maut kepada kebanyakan rakyat Ukraine walaupun sejumlah peluru tersebut tidak akan mengubah situasi peperangan itu, tetapi AS akan tetap memberi pertolongan kepada Ukraine.

Secara rekod, Korea Utara bukan sahaja menghantar senjata ke Rusia malah turut membantu Moscow ekoran mempunyai kekurangan senjata disebabkan sekatan dan kawalan eksport yang diketuai AS.

Namun begitu, Korea Utara menyangkal sekerasnya-kerasnya pertuduhan yang dibuat oleh AS dan memberi amaran kepada negara tersebut untuk tidak menyebarkan sebarang khabar angin yang dapat mencemarkan imej negara mereka.

Dalam pada itu, Kirby menyatakan bahawa Korea Utara melepaskan 23 peluru berpandu ke dalam laut pada hari Rabu dan terdapat satu peluru yang mendarat kurang daripada 60km dari pantai Korea Selatan, tetapi perkara tersebut tidak menimbulkan sebarang ancaman kepada kakitangan AS.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat