WHO Dedahkan Nama Baru Coronavirus

539

Virus baharu yang telah menjangkiti lebih 43,100 individu dari lebih 2 buah negara dinamakan sebagai COVID-19. Apakah yang dimaksudkan oleh COVID-19?

CO merujuk kepada corona manakala VI bermaksud virus dan D ialah disease atau penyakit. Nama tersebut telah diumumkan oleh Tedros Adhanom Ghebreyesus, ketua pengarah World Health Organization (WHO) semalam ketika seminar yang bertempat di ibu pejabat agensi berkenaan di Geneva.

Selain itu, beliau mendedahkan bahawa penamaan tersebut dilakukan untuk menghalang penggunaan nama-nama lain yang tidak tepat atau palsu. Tambahan daripada itu, ianya memberikan sebuah format atau standard yang boleh digunakan untuk sebarang wabak coronavirus pada masa akan datang.

Pemilihan nama tersebut bukanlah merujuk kepada lokasi geografi, haiwan, individu atau kelompok tertentu. Hal ini demikian kerana mereka mahu mengelakkan sebarang spekulasi bahawa wabak berkenaan berpunca daripada sebuah negara atau kumpulan tertentu.

Sementara itu, ketua saintis WHO, Dr. Soumya Swaminathan berkata akronim berkenaan adalah fleksibel untuk penamaan coronavirus baru yang berkemungkinan muncul pada masa akan datang. Di samping itu, beliau mendedahkan bahawa coronavirus merupakan kumpulan virus yang biasa.

Terdapat banyak coronavirus yang telah didedahkan dan ada kemungkinan terdapat satu lagi coronavirus. Seterusnya, Dr. Soumya berkata penamaan itu adalah penting untuk kegunaan semua orang tidak kira untuk tujuan saintifik atau perbandingan serta dapat mengelakkan spekulasi masyarakat dan penggunaan nama lain yang mengelirukan.

Virus tersebut turut dirujuk sebagai 2019-nCoV manakala sesetengah individu telah menamakannya sebagai ‘virus Wuhan’ atau ‘virus China’.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat