Wilayah Kurdistan Semakin Tegang, Harga Minyak Mentah Naik

88

Harga minyak meningkat pada hari Khamis rentetan daripada peningkatan ketegangan yang berlaku di utara Iraq. Ditambah pula dengan gesaan wilayah Kurdistan untuk mencapai kemerdekaan.

Minyak mentah Brent, meningkat sebanyak 44 sen pada harga $58.01 setong pada jam 9.15 p.m. menghampiri paras tertinggi 26 bulan yang lalu iaitu $59.49 pada hari Selasa selepas sekatan saluran minyak oleh Turki daripada Kurdistan di Iraq ke luar negara.

Minyak mentah West Texas Intermediate (WTI) meningkat 45 sen pada harga $52.59 selepas mencapai paras tertinggi dalam tempoh 5 bulan iaitu $52.86 setong.

Referendum kemerdekaan Kurdistan pada hari Isnin menyebabkan Presiden Recep Tayyip Erdogan menyatakan Turki akan menutup sempadan dengan Irak bahagian utara dan menggunakan tentera bagi membendung tindakan Kurdish itu.

Turki berjanji pada hari ini bahawa mereka akan membuat rundingan dengan kerajaan terhadap eksport minyak mentah iaitu isu sekatan eksport minyak ke Baghdad, kata Perdana Menteri Iraq.

Inventori minyak mentah jatuh 1.8 juta tong berdasarkan laporan Jabatan Tenaga US (EIA) minggu lepas berbanding jangkaan 4.3 juta tong.

Kilang penapisan minyak masih dalam proses pemulihan daripada ribut Harvey sebulan yang lalu meningkatkan permintaan dalam pasaran. Namun, bekalan gasolin telah meningkat diluar jangkaan dan bekalan hasil sulingan pula jatuh kurang daripada jangkaan.

Justeru EIA pada awal bulan ini meningkatkan unjuran permintaan minyak global pada tahun 2017 kepada 1.6 juta tong sehari daripada 1.5 juta tong sehari rentetan pertumbuhan permintaan di U.S dan Eropah yang melebihi jangkaan.

Namun, pengeluaran minyak mentah U.S meingkat kepada 9.55 juta tong sehari minggu lepas, lebih tinggi daripada tempoh sebelum Taufan Harvey.

Hal ini dilihat menganggu usaha Organsiasi Negara Pengeskport Minyak (OPEC) dan pengeluar utama lain yang ingin menolak harga minyak lebih tinggi dengan menghadkan pengeluaran, kerana harga yang tinggi mendorong peningkatan pengeluaran minyak di US.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat