Woof-Woof! Jaga-Jaga Shiba Inu Dah Mula Menyalak

2,628

Walaupun nilaian harga Dogecoin merosot sejak kebelakangan ini, namun kripto saingannya iaitu Shiba Inu telah mendaki  kedudukan pada carta dari segi kenaikan mingguan.

Dogecoin telah susut nilainya sehingga lebih 33%, namun Shiba Inu telah meningkat 74% bermula minggu lalu sehingga mengakhiri sesi dagangan semalam.

Ekoran itu, Shiba Inu telah menyaksikan peningkatan dengan memperoleh 36% lonjakan mencapai paras tertinggi $0.00000907 dalam tempoh 24 jam terakhir telah menarik perhatian para pelabur.

Faktor yang telah menyokong pergerakan harga Shiba Inu (SHIB) melonjak secara positif adalah penyenaraian kripto tersebut di platform Coinbase.

Kadar harga meningkat secara drastik dalam beberapa jam selepas penyenaraian. Ia kini memiliki permodalan pasaran lebih $3.6 bilion dengan jumlah dagangan lebih $2.0 bilion.

Menarik jika di teliti pada carta matawang kripto SHIB/USDT.

Pergerakan harga dilihat masih mengekalkan pergerakan harga yang positif dan sedang berusaha untuk melepasi paras resistance $0.00000930.

Paras tersebut merupakan paras yang sukar ditembusi oleh SHIB dimana telah diuji beberapa kali sebelum ini.

Sekiranya SHIB berjaya melepasi paras resistance tersebut, lonjakan lebih tinggi kemungkinan bakal berlaku dan mempunyai peluang untuk menguji paras rintangan $0.00001000 yang dinantikan para pelabur.

Akan tetapi, jika pergerakan harga kembali menunjukkan corak penurunan, pergerakan harga bakal kembali menguji paras RBS (resistance become support) $0.00000880 samada membuat rebound atau meneruskan penurunan ke paras yang lebih rendah.

Sewaktu penulisan, SHIB didagangkan sekitar paras $0.00000920 melonjak lebih 38% dalam tempoh 24 jam terakhir. Koin kini berada dikedudukan ke-46 dalam pasaran kripto.

Lihat gambar carta harga SHIB/USDT di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat