Woof, Woof! Kripto Anjing Meme Menyalak Kuat Hari Ini

341

‘Pelik jugak kenapa si kaya sorang tu yang merupakan peminat kripto meme ni senyap je.’

Kemas kini perisian Ethereum (ETH) yang dikenali sebagai ‘The Merge’ mendorong mata wang kripto meme popular bertemakan anjing melonjak tinggi dalam pasaran.

Melihat carta hari ini, Dogecoin (DOGE) mencanak 14% dalam tempoh 5 hari lepas sementara Shiba Inu (SHIB) mencapai 40%.

Ulas Ketua Eksekutif platform dagangan sosial Alpha Impact, Hayden Hughes, penembusan DOGE dan SHIB pada hujung minggu lalu menandakan pelabur sudah kembali.

Tambahnya, kedua-dua kripto tersebut dijangka meraih keuntungan seperti ETH kerana masing-masing juga perlu menaik taraf.

Buat masa ini kedua-duanya menikmati keuntungan sungguhpun Bitcoin (BTC) berlegar-legar disekitar $25,000 dan ETH pada julat $2,000 semasa keyakinan pelabur dilihat memulih.

Menurut CoinGecko, pasaran kripto menampakkan tanda-tanda pemulihan dengan jumlah permodalan pasaran berada sekitar $1.2 trilion selepas susut hampir $875 bilion pada 19 Jun lalu.

Antara faktor lonjakan selain ‘The Merge’ adalah bacaan data inflasi Amerika Syarikat (AS) yang lebih rendah dari jangkaan sehingga meningkatkan harapan Federal Reserve (Fed) akan mengurangkan kenaikan kadarnya.

Sungguhpun begitu lonjakan pada pasaran kripto tidak diraikan oleh semua orang.

Ketua Eksekutif Venn Link Partners, mengatakan kedua-dua aset tersebut tidak punyai kedalaman pasaran seperti ETH atau BTC jadi sedikit permintaan akan membawa kecairan yang didorong spekulator.

Perkara ini juga ditegaskan oleh Huges yang mengatakan dalam notanya supaya pelabur berhati-hati dengan rali.

Katanya pelabur Alpha Impact dilihat sedang memerhati dan menunggu pelabur institusi yang cenderung berdagang pada minggu ini.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat