Woof Woof! Shiba Inu Kembali Menyalak Selepas Senyap Untuk Suatu Ketika!

171

Berdasarkan data CoinMarketCap, jumlah dagangan Shiba Inu meningkat sebanyak 110% dalam tempoh 24 jam terakhir berikutan ianya mendapat perhatian pasaran. Jumlah dagangan, yang merujuk kepada jumlah unit yang dipindahkan antara pembeli dan penjual dapat menjadi indikasi strategi pelabur walaupun ia tidaklah dijamin.

Justeru peningkatan jumlah dagangan SHIB diduga adalah disebabkan oleh pemain pasaran melompat ke pasaran yang tidak menentu untuk meraih keuntungan. Sejak mencecah paras terendah $0.0000079 pada 28 Dis, harga SHIB telah meningkat secara berterusan.

Mata wang kripto bertemakan anjing ini telah mendahului kripto tema anjing yang lain dengan kenaikan harga lima hari berturut-turut sehingga paras tertinggi harian sebanyak $0.0000088 pada 5 Disember. Menyumbang kepada lonjakan momentum, WhaleStats melaporkan token Shiba Inu sebagai salah satu token yang paling banyak dibeli oleh kelompok paus Ethereum.

Token tadbir urus Shiba Inu, BONE, turut mendapat perhatian di tengah-tengah kemas kini Shibarium. Semasa penerbitan, BONE meningkat 11.76% dalam 24 jam terakhir pada paras dagangan $1.05. Jumlah dagangan BONE dalam tempoh 24 jam lepas juga meningkat sebanyak 105%, apabila pedagang melompat ke dalam turun naik baru-baru ini bagi meraih keuntungan.

Seperti yang pernah dimaklumi oleh pasukan Shiba Inu, BONE akan kekal sebagai satu-satunya token yang diperlukan untuk yuran gas dan penggunaan apabila ia berkaitan dengan Shibarium.

Selain daripada faktor pemangkin positif yang disebutkan di atas, kadar pembakaran SHIB juga meningkat 33.53%, seperti yang ditunjukkan oleh laman web Shibburn. Dalam 24 jam terakhir, sejumlah 113,660,903 token SHIB telah dibakar, dan tujuh transaksi telah dibuat. Pada tahun 2022, sebanyak 83,347,071,504 token SHIB telah dibakar, dan 6,395 transaksi telah dibuat.

Shiba Inu kini didagangakan pada paras dagangan $0.000008507.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat