World Bank & IMF Salur ‘Bantuan’ Kepada Sri Lanka

513

‘Nak raya ni elok jugak salur bantuan ye dok.’

Krisis hutang dan kejatuhan rizab pertukaran asing yang mencetus inflasi di negara pulau, Sri Lanka telah menarik perhatian dunia dan membuka ruang untuk badan-badan tertentu menyalurkan ‘bantuan‘.

Terbaharu, International Monetary Fund (IMF) dan The World Bank dilihat berada di barisan hadapan dalam membantu negara malang itu.

Menerusi kenyataan dari Menteri Kewangan Sri Lanka, Ali Sabry, beliau telah mengadakan ‘perbincangan teknikal‘ bersama IMF bagi permohonan bantuan berjumlah US$500 juta, yang dikatakannya bakal ‘berbuahkan hasil‘.

Antara inti pati yang dinyatakan oleh Sabry dalam perbincangan tersebut adalah IMF akan tertumpu pada Progam Kemudahan Dana Lanjutan yang tradisional tetapi pembiayaan $3 juta hingga $4 juta yang diperlukan semasa boleh dimuktamadkan.

Tambahnya, beliau juga dalam usaha meraih bantuan daripada World Bank, kerajaan India dan institusi kewangan lain dalam menyelesaikan hutang luar negeri yang berjumlah $51 bilion.

Dalam pada itu, IMF menerangkan bahawa perbincangan yang diadakan tersebut menyasarkan keperluan Sri Lanka dalam melaksanakan ‘strategi yang boleh dipercayai dan koheren’.

Menurut IMF lagi, adalah penting untuk Sri Lanka memulihkan makroekonomi dan mengukuhkan jaringan keselamatan sosialnya serta melindungi golongan miskin semasa keberadaan krisis.

Hujahnya, Sri Lanka perlu menyelesaikan hutang sedia ada sebelum membuat hutang baru untuk Colombo.

Di samping itu, jurucakap World Bank, yang ‘sangat prihatin akan keadaan Sri Lanka‘, menyatakan bahawa mereka akan meluluskan pakej tindak balas kecemasan termasuk $10 juta yang akan disediakan segera bagi pembelian ubat-ubatan dan dana alihan daripada projek kesihatan Covid-19 yang sedang berjalan.

Terang jurucakap itu lagi, pakej tersebut akan memanfaatkan projek yang dibiayai bank sedia ada dan menggunakan semula dana bagi menyediakan ubatan, makanan di sekolah dan pemindahan tunai ke isi rumah miskin seperti penyediaan bekalan makanan asas.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat