Wow! Pelaburan Serendah 5 Sen Sahaja!

1,194

Permodalan Nasional Berhad (PNB) memperkenalkan aplikasi Raiz yang bertujuan memberi kemudahan kepada orang ramai melabur serendah 5 sen daripada baki akhir perbelanjaan mereka, untuk dilaburkan ke dalam dana-dana unit amanah kelolaan Amanah Saham Nasional Berhad (ASNB).

Aplikasi mudah alih pelaburan mikro itu yang dibangunkan oleh Raiz Malaysia, akan memanfaatkan duit baki daripada pembelian harian pengguna secara maya untuk dilaburkan dalam dana harga berubah ASNB secara proaktif berdasarkan portfolio pelaburan peribadi individu.

Melalui inisiatif ini, pengguna dapat memanfaatkan sepenuhnya setiap sen yang dibelanjakan dan paling utama, bakinya boleh disimpan dan dilaburkan.

Malah, pengguna boleh memilih untuk melabur secara pelaburan sekali gus atau pelaburan berulang.

Untuk memulakan pelaburan tersebut, pemegang unit hanya perlu memuat turun aplikasi terbabit dan memautkan dengan kad debit Maybank mereka.

Mereka hanya dikenakan caj RM1.50 sebulan untuk akaun dengan baki di bawah RM6,000 dan 0.30% bagi baki akaun RM6,000 ke atas.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat