Wow! Suami Ahli Politik Ini Pertaruhkan $1 Juta Dalam Saham Tesla!

1,682

Suami kepada Speaker Dewan Perwakilan Amerika Syarikat (AS), Nancy Pelosi dilaporkan telah mempertaruhkan $1 juta terhadap firma pembuatan kereta elektrik, Tesla Inc. di bawah pentadbiran Joe Biden.

Bukan setakat itu sahaja, pembelian yang direkod pada 22 Disember lalu turut melibatkan pembelian opsyen saham (stock options) Apple dan Walt Disney, serta saham AllianceBernstein Holding.

Ahli perniagaan AS, Paul Pelosi membeli 100 call options bagi saham Apple dengan harga per saham bernilai $100, menjadikan jumlah keseluruhan yang dibayar mencecah $250,001 sehingga $500,000.

Sebanyak 25 call options saham Tesla dibeli pada $500 per saham, menjadikan nilai yang dibayar mencecah harga sekitar $500,001 sehingga $1 juta.

Kemudian, Pelosi membeli 100 call options bagi saham Disney dengan harga sesaham $100, membawa jumlah keseluruhannya sekitar $500,001 sehingga $1 juta.

Pelosi juga membayar sekitar $500,001 sehingga $1 juta bagi pembeli 20,000 saham firma pelaburan global, AllianceBernstein.

Sebenarnya pelabur swasta tidak digalakkan untuk mendedahkan sebarang transaksi sekuriti. Bagaimanapun, pegawai awam, pasangan mereka dan anak tanggungan mesti melaporkan transaksi kewangan yang bernilai lebih daripada $1,000 dalam masa 30 hari.

Taruhan $1 juta dalam saham Tesla nampaknya mungkin akan membawa pulangan yang lumayan memandangkan sangat berkait rapat dengan janji Presiden AS untuk menukarkan sebanyak 650,000 kenderaan kerajaan dengan model elektrik dalam wawasan ke arah tenaga bersih.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat