Xi Jinping Arah Tentera Siap Sedia Untuk Perang!

787

Presiden China Xi Jinping menggesa tentera supaya bersedia untuk berperang ketika negara itu menghadapi situasi keselamatan yang semakin tidak menentu.

Memetik kepada laporan media kerajaan CCTV, Xi Jinping mengakui bahawa tugas perjuangan ketenteraan adalah sukar dan berat.

Namun, semua tentera perlu menjadikan keupayaan bertempur sebagai kriteria asas dan utama serta menyerahkan semua tenaga untuk berperang, ujar pemimpin terkuat di China itu.

Xi membuat kenyataan itu sebagai pengerusi Suruhanjaya Tentera Pusat (CMC) semasa memeriksa pusat arahan operasi bersama badan tersebut pada Selasa.

Ini merupakan lawatan pertama beliau ke ibu pejabat komando operasi Tentera Pembebasan Rakyat (PLA) sejak kongres Parti Komunis bulan lalu, di mana beliau memperoleh penggal ketiga sebagai ketua parti dan CMC yang disusun semula.

Pemimpin itu berkata lawatan tersebut adalah untuk menunjukkan keazaman CMC baharu bagi mengukuhkan sepenuhnya latihan  ketenteraan dan persediaan berperang.

Dalam pada itu, Xi Jinping juga menggesa pemimpin tentera supaya berusaha merealisasikan matlamat untuk menjadikan PLA sebagai angkatan bersenjata bertaraf dunia menjelang 2027.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat