Xi Jinping Kekal Berkuasa, Jutawan China Dikhuatiri Hilang Kekayaan!

633

Xi Jinping menjadi pemimpin China paling berkuasa selepas Mao Zedong selepas beliau dilantik sebagai ketua Parti Komunis untuk penggal ketiga berturut-turut.

Jawatankuasa Pusat Parti Komunis China (PKC) memilih Xi sebagai setiausaha agungnya pada Ahad yang turut menyaksikan tujuh penyokong setia beliau didedahkan di barisan teratas kepimpinan.

Sungguhpun begitu, ini bukanlah berita baik buat syarikat-syarikat besar dan orang terkaya di China yang menderita dengan peraturan ketat pentadbiran Xi Jinping.

Individu paling kaya negara, Zhong Shanshan dan Pony Ma dari Tencent Holdings Ltd adalah antara yang terkesan dengan masing-masing kerugian lebih $2 bilion pada Isnin susulan kejatuhan saham syarikat mereka.

Ekoran daripada kepimpinan baharu Xi Jinping, ia telah mencetuskan kebimbangan bahawa peraturan tegas China terhadap kekayaan dan perniagaan swasta akan berterusan.

Ia juga bermakna polisi sifar Covid yang telah menjejaskan ekonomi dan pasaran juga akan diteruskan, sekali gus menyaksikan mata wang yuan terperosok ke paras terlemah sejak Januari 2008.

Selain itu, impaknya turut dilihat pada kemerosotan indeks yang menjejaki saham negara yang disenaraikan di Hong Kong di mana pelabur asing melepaskan sejumlah besar pegangan kepentingan mereka.

Dengan legasi Xi Jinping yang berterusan ini, jutawan-jutawan China mungkin akan mengalami tahun terburuk mereka setelah dasar ketat sifar Covid ‘menghancurkan’ ekonomi.

Sehingga Jumaat, terdapat 76 jutawan China bernilai $783 bilion daripada 500 orang terkaya dunia, berbanding 79 jutawan dengan nilai bersih $1.1 trilion pada akhir tahun lalu, menurut indeks kekayaan Bloomberg.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat