Xi Jinping Luah Kesediaan Untuk Kerjasama Dengan Amerika Syarikat

341

Presiden Amerika Syarikat, Joe Biden dan Presiden China, Xi Jinping dilaporkan akan mengadakan pertemuan secara maya pada minggu depan, menurut sumber yang mengetahui perkara itu.

Pertemuan ini diadakan ketika hubungan antara dua ekonomi terbesar dunia itu bertambah baik sejak beberapa bulan kebelakangan ini, walaupun mereka masih bertelagah mengenai Taiwan dan kebimbangan Washington terhadap senjata nuklear Beijing.

Bagaimanapun, tarikh sebenar sidang kemuncak itu masih belum ditetapkan, tetapi ia dijangka akan diadakan secepatnya pada minggu depan.

Sementara itu dalam laporan berasingan, Presiden Xi Jinping mengatakan bahawa negara itu bersedia untuk bekerjasama dengan Amerika dalam isu serantau dan global dengan syarat, mereka saling menghormati.

Beijing biasa menggunakan istilah ‘saling menghormati’ apabila menyeru untuk mendapatkan hubungan yang lebih baik dengan Washington.

Xi berkata dalam surat yang ditujukan kepada Jawatankuasa Kebangsaan Hubungan AS-China, sebuah badan non-profit yang berpengkalan di New York, bahawa hubungan kedua-dua negara itu berada pada ‘persimpangan yang kritikal’.

Kedua-dua negara akan mendapat keuntungan daripada bekerjasama, kata Xi Jinping dalam surat tersebut.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat