‘XRP Lebih Baik Berbanding BTC’ – Pengarah Pembangunan Ripple

1,523

Pengarah Perhubungan Pembangunan Ripple, Matt Hamilton ada jawapan kepada mereka yang masih skeptikal dengan kegunaan XRP.

Baru-baru ini timbul persoalan dalam kalangan pengguna Twitter tentang kegunaan sebenar XRP. Ada juga diantara mereka menganggap matawang itu tidak berguna dan merupakan ‘bitcoin’ versi berpusat yang tidak diterima pihak bank.

Malah, XRP Ledger (XRPL) juga dikritik kerana ciri nod berpusat tertutup. Daripada 156 nod pengesah di Ledger, hanya 19 adalah nod Ripple. Ini bermakna syarikat tersebut mengawal sekitar 12% daripada keseluruhan nod yang ada.

Hamilton menyangkal dakwaan tersebut. 1/ XRP sama seperti Bitcoin merupakan aset tidak berpusat. Ini bermakna kedua-dua blockchain Bitcoin dan XRP Ledger adalah public dan sesiapa sahaja boleh melihat transaksi yang dilakukan di rangkaian tersebut. 2/ XRP jauh lebih baik berbanding BTC kerana penggunaan tenaga untuk penghasilan raja kripto itu tidak dapat diskalakan.

Jika ada isu berkaitan kes penggunaan XRP, Hamilton yakin ianya sama seperti Bitcoin yang mana menfokuskan kepada penyediaan pembayaran peer-to-peer tanpa perantara.

Kira-kira lebih 20 syarikat telah memanfaatkan penyelesaian On-Demand Liquidity (ODL) Ripple dan sekitar 100 projek menggunakan XRP untuk pembayaran mikro.

Adakah XRP lebih desentralisasi berbanding Bitcoin? Menurut Hamilton, ya. Kawalan terhadap XRP Ledger jauh lebih luas berbanding Bitcoin.

Mungkin ada yang masih keliru antara XRP Ledger dengan XRP.

XRPL: sebuah rangkaian, blockchain umum yang desentralisasi

XRP: aset digital/koin natif di XRPL; matawang kripto yang digunakan sebagai medium pembayaran

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat