XRP Masih ‘Hangat’, Whales Tidak Gentar Kumpul & HODL

2,851

Lambakan whales yang masih yakin dengan potensi XRP dilihat mengumpul aset ini sejak beberapa bulan yang lalu walaupun harganya tidak menunjukkan sebarang reaksi dan bergerak mendatar.

Berdasarkan pemerhatian oleh Santiment, pegangan mereka telah meningkat 6% kepada 3.31 bilion XRP dalam 3 bulan sahaja.

Sementara itu, jumlah transaksi yang diproses di rangkaian XRP mencatatkan peningkatan daripada 43.3 juta pada Oktober kepada 53.3 juta pada bulan berikutnya.

Malah, rangkaian ini juga menampung sejumlah pengguna baru, meningkat 11.8% kepada rekod 237,000.

Prestasi aktiviti di rangkaian ini agak mengujakan walaupun berhadapan dengan penyusutan harga aset sehingga hampir 21% sepanjang Disember dan kini didagangkan pada $0.81.

Bagaimanapun, untuk rekod sepanjang tahun (YTD), harga XRP didapati telah meningkat lebih 800% ketika menyentuh paras tertinggi untuk tahun ini, $1.96 pada 14 April.

Barangkali rata-rata teruja menanti detik kemenangan kes di antara Ripple Labs dengan Securities and Exchange Commission (SEC) yang dibicarakan sejak Disember 2020.

Sebelum ini CEO Ripple, Brad Garlinghouse ada menyuarakan keyakinan terhadap kemenangan XRP pada tahun hadapan selepas didapati perbicaraan kes tidak berat sebelah.

Peguam bela John Deaton yang mewakili amicus curiae turut yakin kemenangan yang berpihak kepada XRP tetapi ada beberapa syarat yang perlu dipenuhi: keputusan yang memihak kepada fair notice Ripple dan lonjakan harga aset ke paras $5 atau lebih.

Tidak pasti sejauh mana masa depan Ripple tetapi semoga yang baik-baik sahaja.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat