Matawang Ripple (XRP) menunjukkan pergerakan positif selepas menembusi $0.30, membawa kepada lonjakan harga mencecah $0.90 sebelum susut mendadak baru-baru ini.
Lonjakan tersebut jelas menunjukkan harga XRP bertindak balas dengan khabar airdrop (pengedaran) token SPARK (FLR) yang dimiliki Flare Network sebelum dan selepas pelancaran pada 12 Disember.
Ini menunjukkan fenomena “sell the news” kerana harga XRP telah jatuh lebih rendah. Secara tidak langsung memberi kesan terhadap struktur pasaran bullish sebelumnya dan mungkin isyarat kepada gelombang penjualan segera ketika pelabur kecewa dan mengaut keuntungan.
Ketika ini XRP didagangkan pada paras sokongan $0.50, melonjak dari paras terendah, $0.49 sebanyak 1.48%.
Aset Ripple dilihat ‘struggle‘ ketika tekanan jualan yang mendorong kepada peningkatan harga di seluruh pasaran dengan nilai Bitcoin (BTC) dan Ethereum (ETH) stabil.
Ketika khabar SPARK mula pudar, XRP dilihat berpotensi untuk kembali kepada status terdahulu sebagai “altcoin terburuk” dalam pasaran melainkan berlaku sebarang perubahan yang menyebabkan bullish.
Penganalisis kripto, Luke Martin memberitahu ketika ini pelabur wajar mengharapkan sebarang dorongan kepada lonjakan XRP atau penambahan airdrop. Jika tiada sebarang perubahan berlaku, ada kemungkinan besar pelabur XRP terpaksa menerima kerugian dalam masa terdekat.