XRP Nak Meroket Malam Ini? Sila Ketatkan ‘Seat Belt’ Anda!

8,627

Hari yang paling ditunggu-tunggu oleh para pelabur tegar XRP hari ini menjelang keputusan perbicaraan secara maya bersama Securities and Exchange Commission (SEC) yang dijadualkan mungkin akan berlangsung pada jam 8.00 malam ini waktu tempatan.

Perbicaraan akan dipengerusikan oleh Majistret Sarah Netburn dan memberikan kebenaran kepada SEC untuk mengakses beberapa dokumen sah milik Ripple yang memperincikan nasihat undang-undang yang diterima sebelum ini.

Persidangan ini juga dilihat sebagai momentum terbaik buat XRP untuk meningkat dengan lebih tinggi jika perbicaraan tersebut memihak kepada Ripple.

Beberapa pakar penganalisis bersetuju bahawa XRP kelihatan berpotensi tinggi untuk menguji paras $3 pada tahun 2021.

Pada carta pergerakan harga XRP/USDT, dapat menyaksikan paras $1.25 merupakan tembok yang sukar untuk ditembusi sebelum membuat kenaikan mencapai paras ketinggian yang terbaru.

Sekiranya pergerakan harga XRP dapat menembusi paras harga $1.25, sasaran seterusnya adalah zon SBR (support become resistance) sekitar harga $1.35 – $1.40 untuk diuji.

Untuk kenaikan lebih tinggi, harga bakal menuju paras resistance $1.97 dan berkemungkin akan mencapai paras harga $3 seperti jangkaan kebanyakan pakar penganalisis XRP.

Namun jika harga terus membuat penurunan ke paras harga yang lebih rendah, zon RBS (resistance become support) sekitar harga $1 bakal diuji dan bakal menjadi penanda aras seterusnya untuk XRP mengekalkan trend bearish.

Sekitar jam 5.00 petang waktu tempatan, harga XRP susut melebihi 10% dan bergerak perlahan di atas paras harga $1.10.

Lihat gambar carta matawang kripto XRP/USDT di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat