XRP Sudah Bersedia Untuk Terbang Ke Bulan?

2,137

Kebanyakan matawang kripto berdagang secara meluas dengan mempamerkan harga yang positif pada hari semalam kerana faktor optimis yang menyokong sentimen pasaran.

XRP melonjak dengan mendadak menghasilkan 20% kenaikan dalam tempoh beberapa jam sahaja sehingga menguji paras tertinggi sekitar $0.75 mengakhiri sesi dagangan semalam.

Kedudukan aset kripto ke-6 terbesar, XRP kini memiliki permodalan pasaran lebih $32.5 bilion direkodkan dengan mencatatkan lebih $6.6 bilion jumlah dagangan dalam tempoh 24 jam terakhir.

Pengumuman terbaru dari Ripple mengenai pelancaran koridor On-Demand Liquidity (ODL) pertama di Jepun telah memberikan impak yang besar kepada harga semasa XRP, sekaligus menarik perhatian para pelabur.

Menarik jika dilihat kepada carta pergerakan semasa harga XRP/USDT.

Pandangan sudut teknikal, XRP masih dilihat menyaksikan trend bullish dan telah berjaya melepasi paras rintangan sekitar $0.64 yang telah diuji beberapa kali sebelum ini.

Pergerakan harga XRP sekaligus berjaya mencatatkan lonjakan 20% dalam beberapa jam sahaja mengatasi beberapa matawang digital yang lain pada sesi dagangan semalam.

Penganalisa kripto menjangkakan, sekiranya XRP kekal dengan trend bullish, zon RBS (resistance become support) sekitar $0.80 bakal menjadi tumpuan seterusnya untuk diuji sebelum membuat kenaikan yang lebih tinggi dan mungkin bakal memberi petunjuk untuk XRP melonjak dengan lebih agresif.

Namun sebaliknya jika XRP kembali menyusut, paras sokongan sekitar $0.55 bakal diuji semula dan akan kekal menjadi zon utama untuk dinilai sama ada mampu menyokong semula lonjakan harga atau bakal meneruskan penurunan harga lebih rendah.

Sewaktu penulisan, XRP didagangkan pada harga sekitar $0.69 dalam tempoh 24 jam terakhir.

Lihat gambar carta matawang kripto XRP/USDT di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat