Yakin EUR/USD Akan Jatuh Lagi? Sabar, Ini Risiko Trader Perlu Tahu

254

US dolar dilihat masih mempamerkan pengukuhan, namun momentum agak mereda pada Selasa semalam ekoran beberapa faktor dalam pasaran yang membuatkan pelabur berhati-hati dalam membuat keputusan.

Sentimen pasaran kekal berisiko dengan kesan protes besar-besaran yang berlaku di China sejak hujung minggu lalu telah mencetuskan kebimbangan pelabur.

Kerajaan China yang bertindak umumkan tempoh vaksin penggalak untuk golongan berusia dipercepatkan semalam dilihat cuba untuk sedikit tenangkan keadaan, namun penganalisis pasaran melihat ini belum cukup untuk meredakan risiko tersebut.

Pelabur kini menantikan terbitan beberapa data ekonomi penting Amerika Syarikat (AS) seperti data pekerjaan sektor swasta dan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) sebelum tumpuan akan terarah kepada ucapan oleh Presiden Federal Reserve (Fed) Jerome Powell pada awal pagi Khamis.

Jika dilihat pada pergerakan harga di carta pasangan mata wang EUR/USD semalam, harga pada mulanya sedikit meningkat di sesi Asia, namun tidak berjaya melepasi halangan 1.04000.

Penurunan mula dilihat berlaku pada sesi New York seperti yang dijangkakan, namun momentum penurunan yang dipaparkan adalah lebih perlahan berbanding hari sebelumnya.

Penganalisis masih melihat kecenderungan US dolar untuk mengukuh dan menekan harga turun lebih rendah, namun faktor kewaspadaan menjelang laporan data pekerjaan NFP AS di penghujung minggu sedikit mengendurkan kemaraan US dolar.

Masih lagi bergerak dalam trend bearish, harga terhalang oleh paras halangan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam pergerakan di carta EUR/USD ketika kenaikan dibuat sebelum melantun ke bawah semula.

Penurunan harga dijangka akan diteruskan untuk memasuki zon tumpuan minggu lalu iaitu di antara 1.03000 hingga 1.024000.

Jika harga kekal menyambung penurunan lebih rendah melepasi zon tersebut, sasaran seterusnya harga dilihat pula pada zon RBS (resistance become support) 1.01000.

Namun, seandainya harga berpatah arah menghala ke atas semula, paras 1.04000 menjadi rintangan awal bakal diuji sebelum harga yang melepasi MA50 akan memberi indikasi bagi perubahan trend yang bakal berlaku.

Kenaikan yang dilanjutkan harga akan menguji semula zon rintangan 1.05000 ketika dicapai harga pada awal minggu yang merekodkan paras tertinggi 5 bulan.

Lihat gambar carta harga pasangan EUR/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat