Yakinnya CZ! Satu Dunia Bakal Guna Kripto?

337

Baru beberapa hari lepas populasi dunia mencecah angka 8 bilion, Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Binance, Changpeng Zhao (CZ) pula dengan jangkaan ‘gila’ berkata lebih 8 bilion orang akan mengaplikasikan kripto dalam beberapa tahun akan datang.

Kenyataan yang dibuat di laman Twitternya itu telah mencetuskan pelbagai reaksi dalam kalangan komuniti kripto.

Walaupun dilihat mustahil untuk dicapai, namun ada segelintir yang bersetuju dengan beliau memandangkan penggunaan kipto yang semakin meningkat.

Malah, seorang pengguna Twitter yang sentiasa mengikuti CZ mengatakan bahawa segala usaha yang dilakukan bagi membangunkan pasaran kripto akan membuahkan hasil dalam tidak lama lagi.

Selain itu, pengguna Twitter yang lain juga menyatakan kesediaan untuk menyokong usaha CZ menarik pengguna dengan mengatakan kripto mampu menyumbang banyak perkara kepada kemanusiaan.

Pun begitu, ramai juga pengguna yang tidak yakin terhadap jangkaan tersebut berikutan peristiwa memeritkan angkara Terra Luna dan FTX yang telah mengakibatkan keseluruhan pasaran kripto mengalami kejatuhan.

Malah, ada yang mengakui telah menjauhi segala pelaburan berkaitan kripto dan dengan pesimis berpendapat bahawa pasaran kripto kini mustahil untuk berkembang.

Secara rekod, kajian yang dilakukan oleh syarikat blockchain TripleA menganggarkan bahawa penduduk yang memiliki kripto adalah sekitar 4.2% menjelang 2022 dengan 320 juta pengguna di seluruh dunia.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat