Yakinnya Kamu! Cathie Wood ‘Cedok’ Lagi 419K Saham Coinbase!

172

“Adakah Wood memang optimis harga COIN akan naik tinggi pada masa hadapan?”

Syarikat pengurusan pelaburan Ark Invest diasaskan oleh Cathie Wood telah membeli lagi saham Coinbase (COIN) apabila harganya jatuh selepas Suruhanjaya Sekuriti dan Bursa (SEC) Amerika Syarikat (AS) menyamannya atas kesalahan melanggar undang-undang sekuriti.

Sudah sedia maklum Ark Invest ialah pemegang COIN keempat terbesar yang secara berterusan membelinya sejak tahun lepas walaupun pasaran mata wang kripto mengalami pergerakan tidak menentu.

Selain membeli 419,324 saham COIN bernilai $21 juta pada 6 Jun 2023, Wood turut beli 329,773 COIN untuk ARK Innovation ETF (ARKK), 53,885 untuk ARK Next generation Internet ETF (ARKW) dan 35,666 untuk ARK Fintech Innovation ETF (ARKF).

Setakat 31 Mac 2023, Wood berjaya memegang lebih 12 juta saham COIN dan beliau sungguh yakin Bitcoin (BTC) bakal melepasi $1 juta menjelang tahun 2030.

Umum mengetahui SEC menyaman Coinbase susulan beroperasi sebagai bursa sekuriti, broker dan program staking kripto secara tidak berdaftar, oleh itu bursa kripto tersebut menerima perintah tunjuk sebab daripada sepuluh pengawal selia sekuriti negeri.

Seterusnya SEC turut mendakwa Solana (SOL), Cardano (ADA), Polygon (MATIC), Filecoin (FIL), Sandbox (SAND), Axis Infinity (AXS), Chiliz (CHZ), Voyager (VGX), FLOW, ICP, NEAR, DASH dan NEXO sebagai sekuriti dalam tuntutan mahkamah Coinbase.

Sebagai rekod, saham COIN menjunam sebanyak 21% pada paras $46 selepas tuntutan mahkamah terhadap Coinbase tetapi harganya pulih semula pada $52.75 susulan Ark Invest termasuk pelabur lain telah membelinya.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat