Yellen Bakal Pandu Arah EUR/USD Lebih Tinggi

709

Seperti yang dijangkakan, sentimen ekonomi Jerman tinjauan ZEW yang diterbitkan pada sesi Eropah semalam meningkat lebih tinggi berbanding jangkaan.

Faktor ini turut menyokong pengukuhan mata wang Euro dalam pasaran namun dilihat tidak memberi impak yang begitu ketara terhadap pergerakan harga seperti yang dipaparkan pada carta pasangan mata wang EUR/USD.

Kenaikan harga dilihat lebih dipacu oleh penyusutan US dolar yang dipengaruhi oleh ucapan calon Setiausaha Perbendaharaan Amerika Syarikat (AS) Janet Yellen semalam.

Yellen menggesa penggubal undang-undang untuk bertindak lebih besar dalam pakej bantuan ekonomi dan tidak terlalu risaukan tentang hutang. Situasi yang telah dijangkakan sebelum ucapannya lagi telah meredakan sentimen berisiko pasaran dan memberi kesan penyusutan buat US dolar.

Harga pada carta EUR/USD pada Selasa telah menunjukkan tanda-tanda awal untuk perubahan trend bullish selepas harga membuat kenaikan lebih tinggi di atas paras 1.21000 dan juga melepasi paras halangan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam pergerakan harga.

Paras ketinggian dicapai di atas paras 1.21400 di sesi New York sebelum harga menutup dagangan lebih rendah dan perlahan.

Bersambung di sesi Asia pagi ini (Rabu), harga dilihat menyambung kenaikan semula untuk menuju ke zon SBR (support become resistance) sekitar 1.21500-1.21800.

Kenaikan lebih tinggi dilihat akan menuju pula ke zon SBR seterusnya pada 1.22200 dan juga 1.22500.

Namun jika kenaikan gagal diteruskan sebaliknya harga membuat penurunan semula di bawah paras 1.21000, trend penurunan harga berkemungkinan akan bersambung semula sehingga penghujung minggu menuju zon support 1.20000.

Lihat gambar carta pasangan mata wang EUR/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK SINI

 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat