Yellen Kekal Yakin, Eur/Usd Menjunam Dan Memadam Kenaikan 100 Pip Awal Malam Tadi

45

Sidang media Federal Reserve pukul 2.30 pagi tadi menunjukkan Pengerusi Janet Yellen kekal yakin dengan pasaran pekerjaan dengan jangkaan ia akan kekal mengukuh tahun depan.

Kemerosotan dalam data inflasi dilihat hanya disebabkan faktor tunggal seperti kejatuhan harga telekomunikasi dan harga dadah bagi tujuan perubatan. Yellen juga mengatakan kejatuhan data-data pada suku pertama hanyalah kesan sementara.

Yellen kekal yakin bahawa inflasi akan naik dan stabil di sekitar sasaran 2.0%. Beliau menegaskan, pergerakan trend inflasi akan terus diteliti. Walaupun inflasi kekal berada di paras rendah dalam jangka pendek, beliau menjangka inflasi akan meningkat dalam jangka masa sederhana.

Dalam komennya, sasaran inflasi yang sesuai adalah isu utama bagi mereka dan perkara ini telah dikaji dengan teliti bagi menilai kos dan faedah sebarang perubahan kepada sasaran ini.

Pengerusi The Fed ini masih menjangkakan kenaikan kadar faedah secara beransur-ansur dalam jangka sederhana.

Beliau enggan mengatakan pergerakan kadar faedah telah selesai dan juga enggan mengulas lanjut tentang tempoh masa pengenalan pengurangan penyata imbangan. Tiada perbincangan sama ada bank pusat akan menaikkkan kadar dalam masa yang sama mengurangkan aset dalam penyata imbangan.

Yellen menyatakan, akan terus memegang jawatannya sebagai Pengerusi Federal Reserve dan tiada perbincangan dengan Presiden Trump tentang potensi bagi memegang jawatan pada penggal kedua.

Dengan komen yang secara keseluruhannya begitu yakin terhadap ekonomi semasa Amerika Syarikat, US dolar memulih semasa sidang media. Eur/Usd jatuh semula 100 pip ke paras 1.1192, paras awal sebelum kenaikan yang disebabkan data harga pengguna (CPI) US pukul 8.30 malam pada Rabu.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat