Yellen Optimis Ekonomi US Terus Mengukuh & Kenaikan Kadar 2017

51

Pengerusi The Fed Janet Yellen berucap di Commonwelth Club, San Francisco yang bertajuk “Matlamat Polisi Monetari dan Bagaimana Kami Mencapainya”.

Yellen mengatakan, ekonomi US “hampir” kepada objektif gunatenaga-penuh (full-employment) dengan kestabilan harga dan beliau yakin ia akan terus mengukuh.

Katanya lagi, “adalah patut kami mengurangkan sokongan polisi monetari secara berperingkat”. Beliau juga menyatakan pihak The Fed memerlukan masa yang tepat untuk menaikkan kadar dan ini bergantung kepada prestasi ekonomi beberapa bulan akan datang.

Pada mesyuarat Disember, FOMC (Federal Open Market Committee) menjangkakan kenaikan kadar sebanyak tiga kali pada 2017 yang ditunjukkan dalam analisis ‘dot plot‘. Yellen menjelaskan dalam ucapan bahawa beliau dan ahli FOMC yang lain menjangkakan akan menaikkan kadar beberapa kali setiap tahun sehingga penghujung 2019.

“Kami yakin ekonomi akan terus mengukuh”. Kata beliau.

Keyakinan Yellen ini diterjemahkan oleh pasaran dengan matawang US dolar menguat berbanding enam matawang utama dunia sejak pukul 4 pagi tadi. Eur/Usd merosot 40 pip dalam masa sejam, manakala Usd/Jpy menguat 80 pip. Hal ini disebabkan keyakinan Yellen terhadap ekonomi US dan peningkatan kadar sehingga hujung tahun 2019.

Walaubagaimanapun, fokus ketika ini tetap terarah kepada pelantikan rasmi Trump pada Jumaat.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat