Yen dan Swiss Franc Meningkat Lebih 1.00% Minggu Lepas

46

Matawang kiwi tidak banyak berubah selepas data jualan runcit untuk suku tahun kedua lebih baik daripada jangkaan, manakala yen juga sedikit meningkat berikutan tekanan daripada konflik US-Korea Utara masih berterusan dan data GDP suku tahun kedua yang positif.

Indeks jualan runcit New Zealand meningkat 2.0% pada suku tahun kedua, melebihi jangkaan 0.7%. Di Jepun pula, GDP suku tahun kedua menaik 0.6%, dan 2.5 pada unjuran tahunan.

Pasangan matawang NZD/USD didagangkan pada 0.7310, susut 0.1% manakala USD/JPY meningkat 0.19% kepada 109.42. AUD/USD pula meningkat 0.19 % kepada 0.7909 setakat jam 9.30 pagi.

Indeks US dolar yang mengukur kekuatan matawang greenback berbanding enam matawang utama yang lain susut 0.33% pada hari Jumaat lepas kepada 92.99. Secara keseluruhan, indeks menurun sebanyak 0.49% minggu lepas.

Pada jam 10 pagi, akan di keluarkan data pelaburan aset tetap China, yang dijangka meningkat 8.6% bagi bulan Jun, termasuk peningkatan pada indek pengeluaran Industri sebanyak 7.2% dan jualan runcit kepada 10.8%.

Yen dan Swiss frac melonjak tinggi pada minggu lepas, dengan peningkatan 1.47% (JPY) dan 1.14% (CHF) disebabkan oleh konflik US dan Korea Utara yang saling mengancam keselamatan negara masing-masing. Kedua-dua matawang ini sentiasa menjadi perhatian jika berlakunya tekanan geopolitik atau tekanan kewangan dunia kerana mempunyai lebihana akaun semasa yang tinggi.

Tumpuan minggu ini adalah kepada minit mesyuarat Fed pada pagi Khamis, bagi mencari tanda-tanda waktu untuk kenaikan kadar faedah seterusnya. Laporan jualan runcit US akan diberi penelitian.

 

Selain itu, data inflasi dan pekerjaan UK juga turut menjadi tumpuan berikutan kebimbangan para pelabur terhadap kesan-kesan Brexit.

 

 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat