Yen Kembali Mengukuh Menekan Harga Pada Dagangan USD/JPY Hari Ini

506

Matawang Yen Jepun pada sesi Asia pagi ini mencatatkan pengukuhan susulan daripada kenyataan Menteri Perdagangan Jepun, Hiroshige Seko berkenaan isu minyak mentah Iran.

Laporan bahawa Washington yang merancang untuk mengetatkan lagi sekatan terhadap eksport minyak Iran dengan menghapuskan pengecualian ke atas beberapa negara yang berurusniaga minyak mentah Iran sebelum ini telah melonjakkan harga minyak mentah dalam pasaran.

Kenyataan Seko menjadi tumpuan dengan mendakwa bahawa tindakan agresif Amerika Syarikat itu sebaliknya hanya memberika kesan yang minima terhadap ekonomi Jepun. Beliau turut menjelas bahawa tidak perlu untuk menggunakan rizab minyak negara.

Kenyataan tersebut telah memberi keyakinan terhadap pelabur seterusnya meningkatkan nilai dagangan Yen pada sesi Asia hari ini.

Jika dilihat pergerakan harga pada chart pasangan matawang USD/JPY, harga telah membuat penurunan hari ini lebih rendah dari paras Magic Pivot 111.931 sehingga menyentuh paras support 111.711 (MagicS3) pada indicator Moshed Magic Line sebelum kembali pantul menguji semula paras tumpuan 111.800 pada zon SBR (support become resistance).

Dagangan USD sedikit berisiko setelah data jualan rumah sedia ada di Amerika Syarikat semalam mencatatkan angka yang sedikit menurun daripada bacaan sebelum ini. Namun, tumpuan pelabur adalah pada data awal pertumbuhan GDP AS pada Jumaat nanti untuk gambaran ekonomi semasa yang lebih jelas.

Jika dagangan pada USD/JPY hari ini meneruskan momentum penurunan, harga bakal turun lebih rendah dari paras support MagicS3 dengan jangkaan destinasi tumpuan harga seterusnya adalah pada sekitar 111.400. Penurunan tersebut akan mencatatkan tambahan 40 pips pergerakan harga dari zon SBR.

Namun jika harga kembali melonjak tinggi semula, paras resistance 112.011 (MagicR1) bakal diuji harag sebelum harga menguji pula paras ketinggian semasa pada USD/JPY di sekitar paras resistance 112.161 (MagicR3) pada indicator Moshed Magic Line hari ini.

Lihar gambar chart pasangan matawang USD/JPY di bawah untuk rujukan teknikal analisis anda. Perhatikan paras support dan resistance pada indicator Moshed Magic Line untuk membantu anda mengawal risiko dalam dagangan harian.

Paras support: 111.861, 111.781, 111.711.

Paras resistance: 112.011, 112.081, 112.161.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat