Yen Ketara Susut, USD/JPY Melonjak Ke Paras Tertinggi 8 Minggu

799

Pasaran kewangan pada Selasa masih memperlihatkan penjualan bagi matawang US dolar dengan sentimen risk-on walaupun pasaran dihiasi ketegangan US-China serta rusuhan kematian George Floyd.

Kejadian rusuhan di Amerika Syarikat dilihat semakin membimbangkan sehingga Presiden Donald Trump mengancam untuk menggunakan khidmat tentera ke atas peserta protes. Namun, pasaran seperti tidak mengendahkan risiko tersebut dengan tumpuan lebih terarah kepada pembukaan semula ekonomi-ekonomi utama yang akan memulihkan pasaran.

Matawang berisiko tinggi terus mencatatkan pengukuhan sebaliknya matawang safe-haven ketara menyusut pada dagangan semalam terutama Yen Jepun.

Jika diperhatikan pergerakan harga pada carta pasangan matawang USD/JPY, harga yang bergerak mendatar di atas paras sokongan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam pergerakan di sesi Asia semalam kemudiannya telah mempamerkan lonjakan bertenaga pada sesi Eropah.

Kenaikan harga telah menembusi zon resistance di paras 108.00 yang gagal ditembusi sepanjang dagangan Mei lalu dengan kenaikan harian dicatatkan sekitar 120 pips melepasi paras ketinggian 108.700 di sesi New York.

Menyambung dagangan pada sesi Asia pagi ini, harga membuat kenaikan sedikit tinggi mengatasi paras ketinggian semalam sebelum turun semula di bawah paras 108.500. Paras sekitar 108.700 dan 108.500 dilihat sebagai zon SBR (support become resistance) pada carta USD/JPY.

Jika harga membuat penurunan lebih rendah, paras harga yang menjadi tumpuan adalah pada zon RBS (resistance become support) 108.000 semula yang berjaya ditembusi semalam.

Penurunan di bawah paras sokongan MA50 juga akan memberikan isyarat perubahan trend harga dipengaruhi oleh perubahan sentimen semasa pasaran.

Namun jika kenaikan diteruskan, harga dilihat akan menuju paras ketinggian pada 109.300 yang menjadi paras resistance harga yang diuji pada awal dagangan April lalu.

Kenaikan lebih tinggi dari paras tersebut akan mencatatkan paras ketinggian terbaru 3 bulan.

Lihat gambar carta pasangan matawang USD/JPY di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK SINI

 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat