Yen Lemah Berbanding Dolar Dua Hari Berturut-turut, Fokus Beralih Kepada Data Inflasi US

45

Yen Jepun menutup semula keuntungan yang diperoleh awal pembukaan pasaran Asia hari ini selepas bacaan indeks harga pengguna sedikit jatuh daripada jangkaan.

Pasangan matawang USD/JPY naik semula 10 pip kepada 110.16 selepas turun ke paras 110.06 hari ini. AUD/USD pula didagangkan pada 0.8027, naik 0.09% setakat jam 9.30 pagi.

Indeks US dolar yang mengukur kekuatan greenback berbanding enam matawang utama yang lain, susut 0.05% kepada 91.84

Japun melaporkan bacaan indeks harga pengguna (PPI) bagi bulan ogos naik 2.9% bagi unjuran tahun ke tahun (y/y) dan kekal di paras yang sama pada bacaan bulanan. Bacaan rasmi sedikit rendah daripada jangkaan kenaikan 3.0%.

Dolar semalam dilihat sideway berbanding matawang utama disebabkan oleh data masih menunjukkan permintaan pekerjaan US yang kukuh, namun kenaikkan dolar dihalang selepas sterling melonjak naik ke paras tertinggi setahun yang lalu dengan data inflasi yang sangat positif.

Laporan kaji selidik pembukaan dan perolehan pekerjaan (JOLTs) yang mengukur permintaan pada pasaran buruh oleh jabatan buruh US semalam dilihat meningkat bagi bulan Julai dengan pembukaan pekerjaan baru naik 6.2 juta, melebihi jangkaan 5.96 juta.

Laporan ini dikeluarkan menjelang data inflasi penting (CPI dan PPI) hari ini yang akan mempengaruhi keputusan Federal Reserve dalam polisi monetari mereka hujung bulan ini. . Mesyuarat FOMC bakal diadakan bermula 19 September depan.

Sementara itu, permintaan safe haven semakin pudar walaupun Korea Utara terus memberi ancaman kepada US dengan kenyataan provokasi bahawa Amerika akan menerima “greatest pain” selepas Pyongyang terpaksa berhadapan sekatan baru yang dikeluarkan oleh Persatuan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB). Dolar terus mengukuh berbanding yen dan swiss franc.

Pound sterling pula naik ke paras tertinggi 12-bulan yang lalu, menambah kenaikan 0.08% kepada 1.3293 di sesi Asia. Kenaikan pound disokong oleh bacaan inflasi harga pengguna (CPI) semalam yang meningkat 2.9% tahun ke tahun pada bulan Ogos berbanding 2.6% bulan lepas.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat