Yen Matawang Terkuat – Ini Sebab Lonjakan JPY Pada Sesi Asia

504

Yen merupakan matawang terkuat pada sesi Asia dengan matawang Jepun itu mengukuh berbanding majoriti matawang utama yang lain. Pasangan matawang USD/JPY bergerak dalam julat 70 pip ke bawah, manakala GBP/JPY juga jatuh sehingga 70 pip pada sesi Asia.

Apa sebab kejatuhan Yen pagi tadi?

Terdapat laporan daripada Jepun yang mengatakan Bank of Japan (BoJ) yang membincangkan perubahan dasar monetari. Reuters melaporkan bahawa BoJ sedang aktif dalam perbincangan untuk mengubah program rangsangan monetari yang besar di mana bank pusat ini akan bermesyuarat pada penghujung bulan.

Laporan perbincangan BoJ telah meningkatkan jangkaan bahawa bank pusat dilihat akan menamatkan beberapa dasar monetari yang agresif . Perkara ini telah mendorong peningkatan hasil bon 10 tahun kerajaan Jepun sebanyak enam mata asas.

Perubahan pandangan bank pusat adalah didorong oleh perubahan dasar bank pusat utama negara lain yang sedang cuba menaikkan kadar faedah dan konflik perdagangan antara Amerika Syarikat dan rakan perdagangan utamanya yang semakin meningkat.

Selain itu, dengan risiko perdagangan dan beberapa perisitiwa penting yang akan berlangsung pada minggu ini, menyebabkan permintaan Yen kerana sifatnya sebagai safe-haven.

Pasaran akan terus meneliti perkembangan dalam isu perang perdagangan terutamanya antara AS-China. Presiden Trump pada Jumaat telah mengancam tariff berskala penuh terhadap $500 billion produk import dari China. Untuk pengetahuan anda, Amerika telah mengenakan $34 billion tariff kepada China dan sejumlah $200 billion lagi dijangka akan menyusul.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat