Yen Melemah Berikutan Faktor Fundamental Antara Dua Bank Pusat

68

Yen melemah berbanding US dolar pada Isnin dalam suasana pasaran yang agak stabil dengan tiadanya faktor-faktor bukan ekonomi mengganggu pasaran. Ketiadaan faktor ketidaktentuan seperti geopolitik ataupun bencana memberi ruang kepada faktor fundamental untuk mempengaruhi pasaran secara optimum. Bila bercakap tentang faktor fundamental ia sudah tentu adalah polisi monetari antara kedua-dua matawang tersebut.

Usd/Jpy setakat ini mengukuh 0.23% setakat pukul 9.00 pm  dan kini berada di sekitar 114.17. Pasangan matawang ini mencapai pars tertinggi sejak 11 Mei berikutan polisi monetari yang berbeza antara kedua-dua bank pusat.

Gabenor Haruhiko Kuroda pada Isnin menegaskan bank pusat masih akan mengekalkan rangsangan monetari sehinggalah sasaran inflasi 2% dicapai.

Apabila meneliti komen oleh Kuroda ia dilihat mengesahkan perbezaan polisi antara Bank of Japan dan Federal Reserve yang kini dalam kitaran pengetatan. Walaupun beberapa bank pusat utama seperti BoE, ECB, dan BoC memberi isyarat pengetatan polisi, namun BoJ masih lagi menegaskan kecenderungan kepada pelonggaran.

Selepas laporan NFP minggu lalu, US dolar terus disokong oleh tambahan pekerjaan yang lebih daripada jangkaan yang memberi potensi lebih tinggi kepada satu lagi kenaikan kadar faedah tahun ini.

Indeks US dolar yang mengukur kekuatan matawang greenback berbanding enam matawang yang lain berada di sekitar 95.87 naik 0.09% setakat pukul 9.12 pm.

Selain itu, perbezaan kecenderungan polisi monetari di masa hadapan antara ECB dan BoJ turut menyakitkan Yen berbanding Euro.

Bulan lalu Presiden Draghi dilihat membuka pintu untuk perubahan polisi apabila komennya dilihat sebagai hawkish. Minit mesyuarat ECB yang dikeluarkan minggu lalu juga menunjukkan pegawai-pegawai ECB membincangkan tentang pengurangan kecenderungan pelonggaran daripada kenyataan polisi.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat