Yen Melemah – GBP/JPY Naik 147 Pip Dengan Perkembangan Positif Dari China

723

Matawang Yen pada Isnin melemah berbanding matawang-matawang utama yang lain. Dengan NZD/JPY naik sehingga 87 pip, GBP/JPY naik 147 pip, EUR/JPY naik 124 pip dan USD/JPY naik 48 pip setakat pada pukul 9.26 malam.

Jelas dilihat pada Isnin, sentimen buruk terhadap PERANG PERDAGANGAN semakin reda. Terdapat laporan bahawa China cuba mengambil langkah-langkah untuk berunding dengan Amerika Syarikat.

Financial Times melaporkan bahawa China berusaha untuk memuktamadkan syarat pemilikan sekuriti oleh pelabur asing menjelang bulan Mei. Selain itu, China juga menawarkan untuk membeli produk elektronik daripada A.S. khususnya semikonduktor.

Jelas, perkara ini dilihat sebagai satu bentuk usaha meredakan PERANG PERDAGANGAN sekaligus telah menyebabkan kelemahan matawang safe-haven seperti Yen.

Reuters juga melaporkan bahawa China sudi untuk berunding dengan Kesatuan Eropah untuk menangani kebimbangan pasaran terhadap ‘Perang Perdagangan’ cetusan Amerika Syarikat khususnya dalam soal tariff keluli dan aluminium. Hal ini dikatakan sendiri oleh Kementerian Perdagangan China pada Isnin.

China akan mengambil langkah untuk melindungi kepentingan syarikat-syarikat tempatan, kata Wang Hejun apabila EU melancarkan siasatan terhadap keluli yang diimport sebagai tindak balas terhadap tindakan tariff A.S.

Wang berkata, “mengenakan perlindungan perdagangan bukanlah pilihan yang betul dan hanya akan memburukkan perdagangan dunia yang disebabkan oleh Amerika Syarikat.”

>>>NAK BELAJAR ANALISIS FUNDAMENTAL? KLIK SINI<<<

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat