YEN Melonjak – USD/JPY Menjunam 140 Pip Pada Khamis Disebabkan Perang Dagang A.S. – China

532

Matawang Yen mengukuh dengan pelabur-pelabur Jepun membawa semula dana-dana mereka masuk ke negara itu berikutan sentimen berisiko dalam pasaran global. Pengukuhan Yen paling jelas dilihat pada Khamis khususnya dari sesi Eropah sehingga penghujung sesi New York.

USD/JPY dalam sesi Khamis merekodkan kejatuhan sebanyak 140 pip, GBP/JPY jatuh sebanyak 250 pip, EUR/JPY jatuh sebanyak 200 pip dan AUD/JPY jatuh 190 pip. Kita dapat melihat pengukuhan matawang Yen berbanding matawang-matawang utama yang lain dalam sesi dagangan sebelum ini.

Bukan itu sahaja, pasaran Wallstreet juga merekodkan kejatuhan sehingga hampir 3% di mana indeks Dow Jones susut 2.93%.

Pengukuhan matawang Yen dan juga aset safe-haven yang lain seperti Swissy (CHF) dan emas dan kejatuhan pasaran saham global disebabkan oleh tindakan Amerika mengenakan tariff kepada China. White House melalui Presiden trump mengumumkan tariff terhadap China pukul 12.30 tengah malam pada Khamis yang meningkatkan kebimbangan pasaran terhadap perang perdagangan global.

Amerika mengenakan cukai import (tariff) terhadap produk China sehingga $50 billion. Hal ini telah menimbulkan tindak balas daripada China yang seterusnya mengumumkan tariff berjumlah 3 billion import produk dari Amerika termasuk produk keluli dan khinzir.

Trump juga telah menggantikan seorang lagi pegawai tertinggi White House iaitu McMaster penasihat keselamatan negara. Beliau digantikan oleh John Bolton bekas pegawai khas hubungan antarabangsa A.S. pada zaman pentadbiran George Bush.

China berkata pada Khamis bahawa mereka tidak takut dengan perang perdagangan dan akan membuat apa sahaja untuk melindungi kepentingan negara itu.

Seperti biasa aset safe-haven seperti YEN mendapat permintaan tinggi disebabkan tindak-balas daripada China semakin menghangatkan lagi perang perdagangan. Berkemungkinan tekanan terhadap pair USD/JPY akan berterusan sehingga minggu hadapan jika tiada berita positif yang memperbaiki sentimen pasaran dalam hal ini.

>>>PELAJARI ANALISIS FUNDAMENTAL KLIK SINI.<<<

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat