Yen Menjunam? US Dolar Jatuh?Jawapannya Adalah Korea Utara

2,808

Pasti ramai yang tertanya-tanya dengan pergerakan mendadak pasaran tukaran matawang sejak pukul 7 petang tadi. Apa yang kami boleh katakan adalah, ia disebabkan oleh Korea Utara yang menyebabkan ‘sentimen pasaran semakin baik’.

Matawang Yen mengalami kejatuhan yang agak banyak, bukan sahaja berbanding matawang US dolar tetapi juga berbanding matawang-matawang utama yang lain. Yen sangat sensitif dengan perubahan sentimen kerana statusnya sebagai matawang ‘safe-haven‘. Apa yang berlaku adalah sentimen pasaran yang semakin baik berikutan komen terbaru oleh Korea Utara tentang program nuklearnya.

Korea Utara mengatakan mereka terbuka dengan rundingan penamatan perogram nuklear mereka (denuclearization). Kenapa Yen boleh mengukuh? Komen terbaru Korea Utara ini agak melegakan pasaran selepas hubungan yang tegang dengan Amerika Syarikat tahun lalu.

Pasaran melihat perkara ini sebagai sesuatu yang positif dan mengurangkan risiko dalam pasaran global. Sentimen yang semakin baik sekaligus menyebabkan pelabur dan pedagang keluar daripada memegang Yen untuk dilaburkan semula ke matawang-matawang yang lain.

Lonjakan matawang Yen pada minggu lalu banyak disebabkan oleh risiko politik Eropah dan tariff Amerika Syarikat yang menyebabkan peralihan pelabur kepada matawang Yen. Dengan berita terkini dari Korea Utara ini sekaligus menyebabkan pelabur beralih daripada Yen kepada matawang-matawang yang lain.

Kita juga melihat kelemahan US dolar pada ketika ini yang juga disebabkan oleh berita Korea Utara. Terdapat penjualan US dolar yang agak besar dengan matawang-matawang utama membuat kenaikan berbanding US dolar.

Nak belajar analisis Fundamental? Klik sini

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat