Yen Mengukuh Berbanding Matawang Lain, Harga Minyak Mencapai Paras Tertinggi

341

Pasaran Matawang

Matawang yen didagangkan kukuh berbanding US dolar dalam sesi dagangan Eropah.

USD/JPY menyusut sebanyak 0.17% kepada 112.93 setakat jam 4.55 p.m.

Pengukuhan yen didorong oleh pengumuman Bank Pusat Jepun (BoJ) untuk memotong amaun pembelian bon 10-25 tahun daripada ¥200 billion kepada ¥190 billion.

Euro/JPY juga jatuh iaitu sebanyak 0.41% kepada 134.83.

Matawang euro juga jatuh berbanding US dolar berikutan pengambilan keuntungan oleh pelabur selepa bank pusat Eropah mengumumkan untuk mengukuhkan matawang euro.

Pasaran Komoditi

Harga minyak melonjak naik ke paras tertinggi sejak tahun 2015 pada hari Selasa.

Harga minyak WTI dan Brent mengalami kenaikan 50% dan 30% masing-masing.

Peningkatan harga berikutan sikap spekulator bahawa harga minyak akan terus meningkat dengan usaha pemotongan minyak mentah oleh OPEC dan kejatuhan aktiviti galian minyak.

Harga emas masih lagi jatuh dalam sesi dagangan Eropah.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat