Yen Parah, BOJ Kecewakan Harapan Pelabur!

168

Meleset daripada jangkaan, Bank of Japan (BOJ) memutuskan untuk tidak membuat apa-apa perubahan dalam dasar kawalan keluk hasil (YCC) pada mesyuarat polisi terbarunya.

BOJ mengekalkan tetapan dasar utamanya tidak berubah, membiarkan kadar faedah kekal -0.10% dan sasaran hasil bon kerajaan Jepun 10 tahun sekitar 0%.

Bank pusat itu juga tidak membuat perubahan pada panduannya yang membolehkan hasil bon 10 tahun bergerak +/-0.50% seperti yang diputuskan bulan lalu.

Keputusan mengecewakan itu terus menolak mata wang yen jatuh lebih rendah berbanding US dolar ke sekitar 131.10, susut sekitar 2%, pada waktu penulisan ini.

Tumpuan pelabur kini disasarkan kepada ucapan susulan Gabenor Haruhiko Kuroda mengenai keputusan dasar hari ini.

Kenapa keputusan ini dianggap mengecewakan?

Minggu lalu, terdapat laporan yang mengatakan bahawa bank pusat itu akan mengkaji semula impak dasar monetarinya dan mungkin mengambil langkah tambahan dalam YCCnya.

Ekoran itu, ia telah meningkatkan harapan pelabur untuk melihat BOJ akan beralih ke dasar yang lebih ketat dan memacu dagangan yen ke paras tertinggi 8 bulan berbanding greenback.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat