Yen Terjun Mendadak Berbanding Euro, Apa Dah Berlaku?

1,962

Matawang Euro mencecah ke paras tertinggi tujuh tahun berbanding matawang yen pada hari Rabu berikutan terdapat dorongan selepas pertumbuhan suku pertama disemak semula semakin meningkat dan jangkaan bahawa Bank Pusat Eropah pada Khamis akan mempermudahkan kenaikan kadar menjelang akhir tahun.

ECB bersedia untuk menamatkan pembelian bonnya bulan ini, bermakna kenaikan kadar boleh dimulakan pada separuh fasa kedua tahun 2022, menjadikan Bank of Japan (BoJ) sahaja belum mengubah dasar monetari yang sangat longgar dalam kalangan ekonomi besar.

Matawang Yen jatuh untuk 10 sesi dagangan berturut-turut berbanding euro, penurunan berturut-turut paling lama dalam lapan bulan, dan mencapai paras terendah tujuh tahun pada 143.89 berbading euro.

Euro meningkat 0.2% berbanding dolar yang lebih kukuh secara amnya pada $1.07225, selepas dagangan awal lebih rendah sebanyak 0.3%, apabila pertumbuhan ekonomi suku pertama zon euro disemak lebih tinggi.

Penganalisis ING menyatakan bahawa prospek ECB hawkish telah menyokong matawang Euro. Pasaran matawang kini menjangkakan kenaikan kadar sebanyak 75 mata asas daripada ECB menjelang September, dengan pemain pasaran menjangkakan kenaikan 50 mata asas sama ada pada mesyuarat Julai atau September.

Sementara itu, Rizab Persekutuan nampaknya bersedia untuk menaikkan kadar faedahnya sebanyak 50 mata asas untuk mesyuarat kedua berturut-turut pada minggu hadapan, berbeza dengan BoJ yang tidak menunjukkan tanda-tanda menamatkan pendirian dasar monetari mudah.

Bon hasil 10 tahun A.S meningkat 4 mata asas, mengukuh sekitar paras 3.0% selepas menembusi semula di atas paras tersebut pada hari Isnin. Ini telah membantu mendorong dolar ke paras tertinggi 20 tahun dengan USD/Yen didagangkan pada 133.94, pengukuhan 1.01%.

Gabenor BoJ Kuroda memberitahu parlimen pada hari Rabu bahawa kelemahan yen adalah positif kepada ekonomi selagi pergerakan stabil, sambil menambah bahawa dasar FX bukanlah bidang kuasa BoJ.

Indeks US dolar yang mengukur matawang US dolar berbanding matawang utama didagangkan sedikit susut kepada paras dagangan 102.300 dengan penyusutan 0.01%.

 

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat