“You’re Fired!” – Trump

929

Sejumlah kakitangan kerajaan Amerika Syarikat bakal berdepan pemecatan beramai-ramai di bawah arahan eksekutif sebelum Presiden Donald Trump meninggalkan White House.

Arahan berkenaan membenarkan agensi untuk mengelaskan semula pekerja yang terlibat dalam merangka dasar ke kategori ‘Jadual F’ baharu tanpa perlindungan pekerjaan.

Kesemua agensi terbabit perlu melengkapkan ulasan mereka pada 19 Januari, sehari sebelum pelantikan Joe Biden sebagai Presiden.

Sebelum ini, lapor Real Clear Politics, Pejabat Pengurusan dan Bajet White House telah diminta untuk mengklasifikan semula 88% tenaga kerjanya daripada 425 pekerja ke kategori baharu.

Menurut White House dalam kenyataan yang dikeluarkan, Trump mengeluarkan arahan tersebut untuk menyelaraskan birokrasi Persekutuan, meningkatkan akauntabiliti dan memudahkan menyingkirkan pekerja yang berprestasi buruk.

Ketika ini, seramai 2 juta orang dilaporkan berkhidmat sebagai kakitangan kerajaan.

Arahan itu bagaimanapun menerima kecaman daripada Persekutuan Pekerja Kerajaan Amerika, yang mewakili 700,000 kakitangan kerajaan Persekutuan dan Washington D.C serta Kesatuan Pekerja Perbendaharaan Nasional, yang mewakili 150,000 kakitangan Persekutuan.

Selain itu, para pemimpin daripada 23 jawatankuasa dan jawatankuasa kecil Dewan Perwakilan meminta 61 ketua agensi Persekutuan untuk memberikan ‘maklumat terperinci’ mengenai sebarang perancangan untuk mengklasifikan semula kakitangan kerajaan.

Mereka juga meminta maklumat mengenai sebarang lantikan politik oleh Trump yang telah diambil bekerja di tempat lain atau sedang dipertimbangkan.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat