YouTube Kini Bukan Sekadar Musik, Tawar Fungsi Shopping!

188

‘Semua tawar benda sama macam tak ada idea baru je.’

Aplikasi YouTube milik Alphabet Inc kini membawa fungsi membeli-belah (shopping) dalam usaha untuk mempelbagaikan hasil penstriman ekoran kejatuhan perbelanjaan pengiklanan.

Fungsi terbaru tersebut dilihat seakan-akan perkhidmatan TikTok Shop yang ditawarkan aplikasi video pendek milik ByteDance, pesaing rapat YouTube dalam industri penstriman video.

Ulas pengurus am YouTube Shopping, Micheal Martin, tujuan utama pengenalan fungsi terbaru tersebut adalah untuk memperluaskan peluang penjanaan wang (monetisation) kepada pengguna dalam pasaran.

Tambahnya lagi bahawa pengenalan fungsi ini diharap dapat menarik pengguna dalam kalangan Gen Z untuk membeli produk yang dipasarkan oleh pencipta kandungan (content creator).

Sebagai rekod, jualan iklan YouTube merosot pada $7.07 bilion semasa suku ke-3 berbanding tempoh sama setahun lepas pada $7.2 bilion apabila firma pengiklanan menarik balik perbelanjaan akibat tekanan ekonomi.

Ternyata YouTube kini terpaksa akur dengan kemahuan pengguna yang lebih meminat aplikasi TikTok apabila syarikat memperkenalkan Shorts, fungsi video pendek yang membantu creator jana pendapatan.

Selain itu, syarikat seperti Meta Platform juga dilihat akan memperkasakan semula fungsi marketplace mereka dalam usaha untuk bersaing dengan populariti yang diraih TikTok sejak 2020.

Setakat penulisan ini saham Alphabet diniagakan positif 2.86% pada $98.44.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat