Youtube Yakin NFT Mampu Jadi ‘Game Changer’ Untuk Pereka Konten!

349

Anak syarikat gergasi Google oaotu Youtube dilaporkan sedang serius dalam projek NFT mereka dan sedang meneroka cara terbaik menganai bagaimana ia boleh menawarkan pemilikan kandungan digital kepada pengguna. Pada hari ini, Youtube telah mendedahkan rincian lanjut mengenai rancangan blockchain dan metaverse mereka untuk tahun 2022.

YouTube menyatakan bahawa pihak mereka boleh memanfaatkan teknologi baru NFT untuk mengurangkan penipuan dalam pasaran seni digital yang sedang berkembang pesat. Tambahan pula, YouTube percaya bahawa dengan penggunaan teknologi NFT, mereka boleh menawarkan penglaman tontonan yang lebih menarik terutama untuk konten gaming.

Ketua Pegawai Eksekutif YouTube dan pengurus bahagian ‘gaming’ secara terbuka menyatakan minat mereka terhadap NFT. Hal ini membawa indikasi bahawa pasukan itu berusaha sedaya upaya menggunakan NFT untuk pengembangan platformnya.

Tambahan pula, NFT mungkin boleh membantu YouTube mendapat kelebihan dalam perkongsian video berbanding pesaingnya dalam pasaran seperti TikTok dan Meta. Di samping itu, Youtube juga menyatakan bahawa mereka sedang meneroka Web 3 selain NFT.

Penjualan NFT melonjak bermula tahun lepas pada 2021 dengan pasaran mencatatkan jumlah dagangan berbilion dolar. Walau bagaimanapun, pasaran masih dalam peringkat permulaan dan masih banyak penambahbaikan boleh dilakukan.

Kata pihak Youtube, dengan “menawarkan cara yang boleh disahkan untuk peminat memiliki video, foto, seni dan juga pengalaman unik daripada pencipta kegemaran mereka boleh menjadi prospek yang menarik bagi pencipta dan penonton mereka”.

 

Belajar lebih mendalam tentang NFT bersama Team INTRADAY.my, jom sertai group telegram INTRADAY.NFTKlik di sini untuk sertai.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat