Yuan Digital Bakal Ranapkan Sektor Kripto?

1,313

Ketua eksekutif penyedia kecairan B2C2 Jepun, Phillip Gillespie memberi amaran berkaitan pelancaran yuan digital akan menjejaskan masa depan Bitcoin dan matawang kripto yang lain.

Jelas individu itu lagi, sebaik sahaja China sepenuhnya melancarkan yuan digital, negara yang dipimpin oleh Presiden Xi Jinping serta-merta akan menyekat sektor kripto.

Untuk pengetahuan, yuan digital merupakan matawang digital bank pusat atau dikenali sebagai CBDC.

Buat masa sekarang, pelabur kripto dilarang menukarkan yuan kepada token dan ekoran daripada itu mereka terpaksa menggunakan Tether (USDT) untuk jual beli Bitcoin (BTC) dan matawang maya lain.

Namun, dengan pengenalan undang-undang baharu, tidak mustahil ia akan mengganggu jumlah kecairan aset kripto dan apa yang Gillespie bimbangkan, China ada potensi untuk menyekat USDT.

Malah, Gillespie tidak menolak ada kemungkinan akan berlaku fenomena panic selling jika USDT benar-benar disekat.

Pada masa yang sama, CTO Tether, Paolo Ardoino menjangkakan kesan CBDC yang boleh terjadi terhadap stablecoins.

“Kejayaan Tether telah menjadi blueprint kepada bagaimana CBDC akan berfungsi nanti. Tambahan pula, mustahil untuk CBDC tersedia di blockchain awam seperti Ethereum dan Bitcoin. Ini bermakna ia tersedia dengan stablecoin yang dikeluarkan secara peribadi sahaja.

 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat