Yuan Digital Boleh Atasi Kedudukan Bitcoin (BTC)?

1,780

CEO dan pengasas Bridgewater Associates, Ray Dalio berpendapat walaupun Bitcoin (BTC) akan meraih lebih tinggi populariti seluruh dunia dalam beberapa tahun lagi, kehadiran yuan digital mampu menggugat kedudukan raja kripto itu.

Pendapatnya itu dikongsi dalam temubual bersama platform media berita, CNBC baru-baru ini.

“Renminbi (yuan) akan lebih dikenali kerana ia matawang yang kukuh, lebih menjaminkan pulangan yang menarik dan akan digunakan secara meluas beberapa tahun lagi,” ujarnya.

Yuan digital adalah matawang fiat China yang didigitalkan, juga dikenali sebagai matawang digital bank pusat (CBDC).

Malah, Dalio juga yakin yuan digital mampu mengatasi dolar digital.

“Ia merupakan alternatif yang menarik jika diterima seluruh dunia bersama kadar faedah yang lumayan. Matawang yang memiliki asas yang terbaik akan menjadi paling kompetitif dan akan mengancam negara.”

Yuan digital dijangka akan dilancarkan pada tahun depan sebelum Winter Olympic di Beijing.

Terbaru, arkitek teknologi yuan digital ada mencadangkan  CBDC ini dapat dilancarkan di rangkaian Ethereum atau sistem pembayaran blockchain Facebook, Diem.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat