Yuga Labs Bolot WENEW & 10KTF!

64

Pemerolehan WENEW dan penjualan terlaris koleksi non-fungible token (NFT) 10KTF berjaya dilakukan oleh peneraju web3, Yuga Labs serta Bored Ape Yacht Club (BAYC).

Diperjelaskan, WENEW bukan sahaja melancarkan NFT berkaitan acara politik, sukan, fesyen dan seni, malah memeterai perjanjian bersama syarikat terkemuka seperti Louis Vuitton, Playboy, Wimbledon, Gucci dan Puma.

Manakala, pemegang koleksi NFT BAYC, Cool Cats dan Moonbirds dibenar memaparkan avatar digital masing-masing di metaverse melalui 10KTF, pasaran digital yang mengecap populariti disebabkan penerbitan kandungan bersiri.

Berikutan pemerolehan tersebut, Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) dan co-founder WENEW Michael Figge bakal mengetuai jawatan sebagai Ketua Pegawai Kandungan di Yuga Labs demi membangunkan serta mengembangkan lagi inovasi syarikat itu.

Sementara itu, Mike Winkelmann atau lebih dikenali sebagai Beeple akan bekerja sebagai penasihat Yuga Labs bilamana kebanyakan pekerja WENEW turut menjadi kakitangan sepenuh masa untuk syarikat tersebut.

Difahamkan juga bahawa co-founder Yuga Labs Greg Solano memuji Figge, Beeple termasuk pasukan WENEW atas usahanya membangunkan cerita bersiri web3 agar dapat menarik minat ramai individu mendalami avatar digital.

Secara konteks, Yuga Labs merupakan syarikat web3 yang berhasrat mencipta pelbagai utiliti dan mengembangkan pasaran NFT dengan melancarkan koleksi digital BAYC pada April 2021.

Malah, Yuga Labs merupakan salah satu syarikat pertama yang mengeluarkan lesen IP kepada para pemegang NFT agar dapat memperoleh serta mengeluarkan haknya.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat