Zenshin Suru! Syarikat Telekom Terbesar Jepun Labur $4 Bilion Dalam Web3!

172

NTT Docomo, pengendali telefon mudah alih terkemuka Jepun berjaya memeterai perjanjian bersama Accenture bagi meneroka teknologi internet dalam dunia Web 3 dengan pelaburan berjumlah 500 sehingga 600 bilion yen ($4 bilion).

Difahamkan, Accenture akan menawarkan kursus latihan berkaitan bidang tersebut untuk sesiapa yang berminat.

Dalam usaha pembangunan ini, NTT Docomo dan rakan kongsinya akan memfokuskan tiga perkara utama iaitu menangani isu ESG (environmental, social, and corporate governance)*, mewujudkan platform teknologi untuk Web3 serta mengembangkan bakat.

*Digunakan untuk menapis pelaburan berdasarkan dasar korporat dan menggalakkan syarikat bertindak secara bertanggungjawab.

Bagi mencapai matlamatnya untuk memacu penggunaan Web 3 secara global, menawarkan pelbagai faedah kepada para pengguna serta menjadikan Jepun sebagai hab teknologi tersebut, syarikat itu akan menyumbang $4 bilion bagi mempercepatkan usaha itu.

Menurut Motoyuki Li, Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) NTT Docamo, kerjasamanya bersama Accenture bakal merevolusikan infrastruktur sosial menggunakan blockchain serta wujudkan persekitaran selamat untuk pengguna.

Tambahnya lagi, beliau yakin bahawa Web3 akan berkembang pesat dan menyifatkannya sebagai pembangunan teknologi paling berkesan selepas Internet.

Sementara itu, Pengarah Urusan Kanan Acenture, Atsushi Egawa pula mengulas bahawa Web3 telah menyumbang pelbagai manfaat kepada ekonomi Jepun, terutamanya dalam memudahkan syarikat tempatan dan kerajaan menangani isu iklim.

Selain NTT Docomo, British Vodafone juga merupakan salah satu firma telekomunikasi yang mendalami mata wang kripto dengan berkolaborasi bersama Energy Web (EW) bagi menambah baik aset tenaga boleh diperbaharui seperti turbin angin, pam haba, bateri serta panel solar.

Di samping itu, telekom Sepanyol Telefonica pula bergabung tenaga dengan Bit2Me dalam membenarkan pelanggan membayar perkhidmatan melalui aset digital Bitcoin (BTC), Ethereum (ETH), Litecoin (LTC), USDC dan lain-lain.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat