ZIL – Teknologi ‘Sharding’ Yang Lebih Cekap

306

Ziliqa adalah ‘blockchain’ awam yang direka bagi menawarkan ‘throughput’ yang tinggi dengan kemampuan untuk menyelesaikan beribu-beribu transaksi sesaat. Ia juga bertujuan untuk menyelesaikan masalah skalabiliti dan kelajuan ‘blockchain’.

Prateek Saxena merupakan pengasas kepada Ziliqa yang juga merupakan seorang penolong profesor di National University of Singapore School of Computing.

Sexana turut dibantu oleh beberapa pelajar di universiti tersebut dalam menggariskan bagaimana ‘blockchain’ yang berfokus pada ‘sharding’ mampu meningkatkan kecekapan dan kelajuan rangkaian.

Token Ziliqa (ZIL) ini juga dibangunkan bagi memproses transaksi di rangkaian dan melaksanakan kontrak pintar.

Pembangunan ZIL dimulakan secara rasmi pada Jun 2017 sebelum menyiarkan testnet secara langsung pada Mac 2018. Memasuki Jun 2019, Ziliqa telah melancarkan mainnet di platform mereka.

Menelliti kepada carta ZIL/USDT, pergerakan harga ZIL telah pun melonjak sebanyak 366% pada tahun ini sebelum kembali menyusut sehingga ke paras pembukaan pasaran 2021 sekitar paras harga $0.06-$0.07.

Namun selepas sahaja harga ZIL mencapai paras sokongan $0.06-$0.07, harga kembali membuat lonjakan melebihi 100% pada penghujung Mei dan menyambung ke awal dagangan Jun sebelum kembali menyusut semula untuk diperdagangkan di paras RBS (resistance become support) sekitar harga $0.10.

Melihat kepada carta harian, harga memaparkan pergerakan dalam trend bullish yang sedang membuat HL (Higher Low).

Jika kemungkinan pergerakan tersebut valid, maka jangkaan pergerakan harga mungkin bakal kembali menguji zon SBR (support become resistance) sekitar harga $0.15 untuk harga membuat HH (Higher High) yang terbaru.

Untuk kenaikan harga berjaya melonjak dengan lebih tinggi, harga ZIL dijangka bakal menguji zon SBR seterusnya sekitar $0.20 sebelum kembali menuju ke paras ketinggian sepanjang masa (ATH) sekitar harga $0.25.

Namun jika pergerakan harga tidak berjaya mengekalkan trend bullish, maka pergerakan harga dijangka bakal membuat penurunan sehingga ke paras sokongan $0.06-$0.07 semula.

Dan sekiranya harga ZIL tidak memperoleh sentimen yang positif bagi menggerakkan harga, tidak mustahil harga ZIL akan membuat penurunan yang lebih rendah.

Setakat jam 5.00 petang waktu tempatan, harga ZIL susut sebanyak 5% untuk diperdagangkan di atas zon RBS sekitar $0.11.

Lihat gambar carta matawang kripto ZIL/USDT di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat